Friday 16 December 2011

Bingkisan Buat Puteri2ku Yang Dikasihi..

Salam Sayang Nurul Fathiyah & Nurul Syuhada..

Puteri2 ku yang manis dan comel.. Masih ku ingat sewaktu kelahiranmu dari perut ibu..tangisanmu yg ku tunggu2..ku sambut dengan airmata gembira.. Ku belai..ku cium tak penah jemu pipimu yang mungil.. Tidurmu ku dodoikan..sakitmu ku ubati..tak lena ibu bila si kecil demam dan meragam..semuanya ibu lakukan dengan penuh kasih sayang..tak pernah sekali ibu mengeluh..melainkan sering bimbangkan kesihatanmu..seekor nyamuk hinggap pun takkan ibu izinkan menjamah tubuhmu..

Masa berlalu begitu pantas..dalam sekelip mata Puteri2 ibu semakin membesar..keletah..dan kini remaja.. Kamu berdua semakincomel..ayu..bijak.. Apa saja kemahuan akan cuba ibu penuhi..apa yang ibu termampu..namun masa mengubah keadaan dan kehidupan kita berubah sedikit demi sedikit.. Ibu sedih sangat..kerana sepatutnya kehidupan kita sekeluarga bukan begini.. Sepatutnya kehidupan kita seperti famili orang lain..ibu mahu famili kita lengkap walau pun bukan mewah.. Bertahun ibu bersabar dengan segala kekurangan..ibu cuba menutup kepincangan..tapi siapalah ibu untuk memberikan puteri ibu keselesaan..setidak2nya kecukupan untuk anak2 ibu belajar..meneruskan pengajian tanpa kekurangan kewangan.. 

Tak mengapa..ibu sanggup berkorban apa saje asalkan anak2 ibu dapat keperluan yang sepatutnye..tapi maafkan ibu sayang..itu pn kadang2 ibu tak mampu.. Ibu kena pandai bahagikan segala keperluan..tak mengapa ibu kemudiankan keperluan ibu..asalkan anak ibu cukup untuk survive di kolej..semuanya telah ibu relakan..malah berhutang sekali pun ibu lakukan..memang itu kehendak ibu..itu tanggung jawab ibu yang ditakdirkan menggalas 2 tugas.. Ibu tak rela sesiapa usik perasaan anak2 ibu..ibu akan marah kalau perasaan anak2 ibu dilukai dan disakiti.. Begitulah sayangnya ibu pada kamu Puteri2ku..

Ibu minta AMPUN & MAAF kalau adakala ibu tersalah langkah..tersilap kata..ibu hanya manusia biasa yang sangat kekurangan.. Ibu telah lama menderita tanpa kebahagian hati..dari sejak anak2 ibu kecil lagi.. Mungkin kamu tak memahami..tak mengerti bahawa apa yang pernah ibu lalui selama ini adalah kehidupan yang sangat keras dan kejam..apa yang ibu lalui dalam kehidupan ibu adalah penderitaan dan kebahagiaan yang pura2..namun ibu simpan..ibu tutup selagi termampu.. Sering ibu menangis sendirian mengenang semua yang ibu lalui.. Ibu tak tahu mengapa Allah memberi UJIAN yang sangat besar dalam kehidupan ibu..yang kadang2 ibu tak mampu sayang.. Namun ibu redha.. Mudah2an Allah merahsiakan suatu kegembiraan untuk ibu kemudian..itulah yang sangat2 ibu harapkan..

Puteri2ku..tak tahu mengapa akhir2 ini hati ibu sering ditemani kesedihan..hiba yang tidak terkata..tak mampu untuk ibu lakarkan dengan perkataan..yang sebenarnya tak mampu untuk ibu luahkan.. Selama bertahun2 ini ibu tidak pernah lagi merasai kebahagiaan..tak tahu di mana keceriaan..yang kamu sering lihat itu adalah kepura2an..menutup kesedihan..kekecewaan..

Namun..sering ibu tersenyum..ketawa..demi menjaga hati anak2 ibu yang masih berjuang.. Perjuangan itulah yang ibu mahu kamu teruskan sebagai ganti cita2 ibu yang tak kesampaian dulu, kerana dihimpit kemiskinan.. Sebab itu anak2 ku..ibu berkorban ape saja untuk memberi yang terbaik untuk anak2 ibu..walaupun dalam keadaan ibu yang serba kekurangan..ibu tetap cube penuhi permintaanmu.. Ibu tak senang..tak lena selagi ibu tak dapat tunaikan tanggungjawab ibu.. Alhamdulillah..Allah tetap memberi rezki yang halal..walaupun kadang2 sempit ianya datang..

Banyak yang ibu angankan untuk anak2 ibu dalam keadaan yang serba kekurangan ini sayang..ibu ingin lihat anak2 ibu menikmati kehidupan yang sedikit selesa seperti orang lain..ibu nak anak2 ibu ketawa dan bergurau senda menikmati kesenangan hidup seperti anak2 orang lain yang tak pernah kamu nikmati sebelum ini.. Izinkanlah Ya Allah doa dan keinginanku..aku ingin membahagiakan anak2ku sebelum aku menutup mata.. Ibu bukan semakin sihat..namun ibu kena kuat untuk terus menunaikan kewajipan ibu.. Fahamilah anak2ku..ingin sekali ibu mencari sedikit kebahagiaan hati dengan cara ibu sendiri..izinkanlah.. HATI ibu sangat terluka selama ini..luka yang tak mungkin akan sembuh lagi.. Dengarlah anak2ku..ibu berdiri disini adalah keranamu sayang..kamulah sumber kekuatan ibu.. 
~NURUL FATHIYAH & NURUL SYUHADA~

1 comment:

  1. terharu nya,
    kakak...adik merasai apa kakak rasai
    kemanisan kita hanya bila anak2 bahagia

    insyaallah ada ganjaran nya..amin

    ReplyDelete